Monday, March 31, 2008

Jangan pandai cakap saja..

Dalam dunia ni kita dapat lihat pelbagai jenis ragam. ada manusia yang peramah, pemurah, pendiam dan tak juga ada yang petah berkata-kata. emua golongan ini kalau kita lihat telah mewarnai kehidupan seharian kita menjadikan kehidupan kita ini tidak sunyi dengan pelbagai kerenah manusia. secara signifikannya setiap ragam2 ini seperti yang diketahui ramai membawa pelbagai kesan terhadapat seharian kita. sebagai contoh ada kawan2 kita yang diorang ni jenis peramah sangat dan kadang2 menggangu kita. oleh itu kita rasa tak selesa dengan mereka dan cuba menjauhkan diri. apa yang aku ingin katakan di sini adalah. tidak semua ragam di dunia ini patut di contohi kerana kehadiran mereka2 ini kadang2 tidak diperlukan walhal dalam erti kata lain banyak mendatangkan keburukan walaupun secara tidak langsung.


Sebagai seorang manusia yang juga mempunyai pendapat terhadap orang lain, ada satu jenis golongan yang aku tidak senang bergaul kerana bagi aku mereka ni hanya 'menangguk di air yang keruh' . mereka ni jenis bijak mengambil peluang yang ada lalu apabila peluang ini terbiar mereka rakus memanfaatkan peluang tersebut. golongan yang aku maksudkan adalah golongan yang bijak berkata2 tetapi pada realitinya tidak jujur dari segi perbuatan. dalam erti kata lain golongan yang cakap tidak serupa bikin. mereka ini pantas menjadikan pemimpin2 yang berkaliber serta bijak berkata2 sebagai idola mereka lalu memasang angan2 untuk menjadi seperti mereka. mereka ini sepatutnya dipersoalkan adakah mereka ini betul2 ingin memperjuangkan sesuatu atau ingin menjadi salah satu dari golongan popular yang tidak lain dan tidak bukan menaikkan nama mereka di kalangan masyarakat.


rakan2 sekalian, kita perlu berwaspada dengan orang sebegini. mereka ini hanya pandai mewujudkan agenda dan bijak dalam bermain kata2 walhal mereka sendiri masih bingung dalam perjuangan mereka yang tidak jelas. pada kita mereka ini yang terbaik utk dijadikan pemimpin dengan gaya kepetahan mereka bercakap dan seterusnya ketokohan yang kita hanya lihat dari luaran tetapi apabila kita berikan mereka kuasa mereka ini hanyalah memberikan janji2 manis kepada kita. sebagai orang yang bertanggungjawab dalam memilih pemimpin, kita kena bijak kerana orang seperti ini banyak sangat dalam dunia ini. mereka ini gilakan kuasa serta pangkat tetapi tidak jujur dalam menjalankan tanggungjawab.kita tidak boleh tertipu dengan mereka kerana natijahnya mereka ini sedang memperbodohkan kita dan menjadikan kita yang mudah tertipu ini sebagai platform kepada mereka untuk meneruskan agenda tersembunyi mereka.
secara konklusinya, jika ingin berkawan mahupun ingin memilih pemimpin tidak perlulah mencari golongan seperti ini. secara innuendo, golongan ini banyak tetapi kita tidak sedar akan kehadiran mereka kerana mereka ini bertopeng sebenarnya.