Monday, February 18, 2008

antara lalai dan sedar...

semalam iaitu 17 februari 2008 terciptalah satu negara baru yang dipanggil republik of kosovo. kosovo dahulu merupakan sebahagian daripada serbia di mana serbia juga baru sahaja berpecah dari negara serbia and montenegro. kosovo yang kebanyakkannya terdiri dari kaum albania dan serb merupakan majoritinya beragama islam.tidak seperti selatan thailand dan mindanao, kosovo berjaya melepaskan diri dari cengkaman serbia bagi mendapat wilayah autonomi mereka iaini kebebasan bagi mentadbir negara sendiri.

apabila kita lihat kosovo serta bosnia, rakyat mereka bertungkus lumus untuk membebaskan negara mereka sendiri iaini berihad bagi membolehkan mereka sebagai umat islam tidak ditindas secara terang terangan. mereka telah melalui banyak peperangan bagi meloloskan diri dari cengkaman pihak yang menghalang mereka dari hidup bebas dalam kehidupan seharian mereka sebagai seorang muslim.

tetapi tahukah kita semua ketika mereka sedang sibuk berperang mempertahankan bangsa dan agama, rakan2 mereka yang seagama yang berada di seluruh dunia sedang sibuk berhibur dengan kehidupan duniawi mereka. di malaysia contohnya berapa banyak org islam sendiri keluar masuk penjara atas pelbagai kesalahan yang kebanyakkannya didominasi oleh org islam itu sendiri. rempit, dadah serta buang anak mahupun rasuah, kita boleh bilang bukan melayu yang terjebak tetapi hampir setiap hari muka orang melayu juga yang menghiasi dada akhbar. tidakkah kita brsyukur dengan keamanan yang tercapai yang sepatutnya membawa kita lebih bertamadun. kita rasa kita sudah bebas tetapi pemikiran kita masih dibelenggu dengan jenis penjajahan minda yang serius. cuba bayangkan kehidupan kita dalam masa 30 tahun akan datang di mana belia melayu hanya sibuk berdisko dan berhibur dahulu kini brada di tembok hadapan dalam pimpinan negara.

jatuh dan bangunnya negara itu pada masa akan datang terletak dia tangan pemuda kita. kalau sekarang kita kena ingat para pemimpin kita lahir pada zaman kehidupan negara susah di mana banyak lagi kampung2 masih terdapat di kuala lumpur. mereka telah dilatih untuk hidup susah dan berdikari dan ini cepat mematangkan mereka. tetapi para belia kita sekarnag terlalu leka untuk berhibur dan sering bersifat materialistik

kalau dulu semasa zaman tun abdul razak. telah lahir pemimpin berkaliber seperti tun mahathir mohammad, tun musa hitam,pak lah, tengku razaleigh serta dato harun mereka semua batch kepimpinan yang berkaliber dan kita boleh tgk akan masa depan mereka ketika itu. sekarang apa yang kita lihat belia kita tiada yang betul2 boleh memimpin selain yang dicanangkan seperti KJ.

percayalah kita telah ketandusan pemimpin belia yang berkaliber kerana belia kita leka.mungkin mat ganja yang kita tangkap sedang menagih itu sepatutnya perdana menteri kita yang terbaik tetapi atas kebodohan dia, dia telah menghapuskan masa depan dia sendiri serta merugikan negara. mungkin mat rempit yang mati sebelum ni ada di antara mereka adalah pelopor kepada empayar bisnes yang gah di masa hadapan siapa tahu? selamatkanlah bangsa melayu kita kerana kita telah banyak membazir masa kita dengan pelbagai benda yang melekakan. tidak banyak org melayu kita yang betul2 gah di malaysia malah antara org terkaya di malaysia pun hanya seorang sahaja berbangsa melayu iaitu syed bukhari dan dia bukanlah datang dari keluarga kaya. beliau bermula dengan menjual satu ekor lembu dan sekrang memiliki asset berbillion ringgit.

kita leka! percayalah.....

6 comments:

fattnieniey said...

fuyoo. bole tahan.
bagus2. teruskan perjuangan (ceh!).
berinformasi terkini!

AiDi ZaHaR said...

yeye.. tahniah.. ko lah org pertama.. aku bagi ko duit skit..haha...

фарина захари said...

wow, penulisan anda sungguh menarik dan menambat hati sesiapa yg mbacanya..adakah anda copy paste?? wakaka

AiDi ZaHaR said...

huhu.. mana ada cik pena... aku buat sendiri..

afnilogy said...

fuyooo...x sia-sia jadi anak cikgu sastera n bahasa melayu!!!

AiDi ZaHaR said...

uhuhu.. alah ayah tak penah ajar pun kat rumah mahuoun di sekolah.. haha