Wednesday, February 20, 2008

Musuh org melayu kita..


8 mac ini genaplah pilihanraya umum ke-12 negara kita di mana para pengundi yang berjumlah 10juta lebih akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. seperti biasa hari undian ditetapkan hanya satu hari sama seperti pilihanraya tahun 2003 dahulu.tahun ini dijangka kemenganan 2/3 bagi barisan nasional agar sukar dicapai memandangkan krisis2 dalaman kerajaan yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang.

berbalik kepada tajuk blog di atas. malaysia terdiri daripada pelbagai kaum.salah satu negara berbilang kaum yang diiktiraf antarabangsa yang berjaya hidup dalam keadaan harmoni dan stabil.kaum melayu di malaysia ada sebanyak 54 peratus, separuh dari populasi rakyat malaysia yang berjumlah 27 juta(kiraan terbaru). peranan melayu dalam kerajaan adalah penting memandangkan kebanyakkan menteri2 kanan serta pucuk pimpinan di pegang oleh orang melayu sendiri.

memandankgan pucuk pimpinan negara dipegang oleh orang melayu jadi tidak salahlah kalau dikatakan bahawa mundur serta majunya negara kita ini adalah berkait rapat kepada org melayu itu sendiri memandangkan dasar2 kerajaan kebanyakkannya adalah di bawah payung orang melayu.oleh itu, kita sebagai rakyat malaysia yang berbangsa melayu harus sedar akan tanggungjawab kita memandangkan kita sebenarnya boleh menyumbang kepada kemajuan serta integrasi kaum yang utuh.

mengikut sejarah, kerajaan melaka telah jauth kerana penjajahan portugis pada tahun 1511. manakala kerajaan abbasiyah telah jatuh ke tangan hulagu khan pada tahun 1258.tahukah kita apa yang menjadi sebab utama kejatuhan kerajaan2 besar tersebut. dalam konteks ini kita tidak boleh menyalahkan kepada pihak penjajah kerana mereka kuat walhal kita lemah.kita yang leka dalam pemerinthaan lalu menyebabkan kerapuhan kerajaan yang ketara lalu menjadi satu peluang kepada mereka untuk menjajah.

tujuan aku menulis kisah2 sejarah di atas adalah untuk menyedarkan org melayu kita sendiri. sebenarnya kaum2 di sekeliling kita ni bukanlah musuh utama kita. musuh utama kita adalah orang melayu kita sendiri. kita yang mnyebabkan org melayu kita sendiri jatuh.org melayu yang bagaimanakah? org melayu yang asyik mengkritik bangsa sendiri. itulah jenis musuh utama kita. mereka ini tidak bersyukur lahir sebagai org melayu malah menjatuhkan org melayu itu sendiri di hapadan kawan2 cina, india mahupun bangsa lain. mereka lebih gemar menjauhkan diri dari bangsa sendiri kerana mereka rasa bergaul dengan bangsa sendiri ni tidak akan memajukan kehidupan mereka.

mereka ini memang patut dilucutkan status sebagai org melayu. sepatutnya mereka membantu org melayu sendiri yang lemah,yang bodoh bukan dengan mencaci mereka padahal mereka tidaklah sepandai mana pon. iya memang betul bangsa melayu mmg manja tetapi sapa lagi yang patut manjakan kita? kita ada hak sebagai org melayu utk dimanjakan tetapi biarlah berpada. bagi golongan2 ini sedarlah. kami tidak pernah meminta kamu sebagai tempat kami mengadu kerana nenek moyang kamu dulu juga dibantu oleh org melayu sendiri. janganlah sombong. kerana kelak muka2 ini juga yang akan memerlukan org melayu sendiri utk dibacakan talkin ke atas mereka. mereka mati. org melayu sendiri yang akan kuburkan mereka.dan org melayu sendirilah yang akan menyembahyangkan jenazah mereka.

8 comments:

фарина захари said...

hasil nukilan bekas PKP seafield sungguh mberangsangkn..syabas!!
aidi, bile ak bc blog ko,ak nmpk d othr side of u..*sile jgn kembang hidung*..haha

AiDi ZaHaR said...

huhu..hidung aku mmg besar doh... ko mcm tk tau plak..

fattnieniey said...

racist doh.
hahaha.
betul tu. smoga pilihanraya kali ni berjalan dgn harmoni dan dapat mewujudkan pucuk kepimpinan yg lebih mantap.

p/s: ko debater ke pe?bakat terpendam.

AiDi ZaHaR said...

aku bukan debater lah...huhu...

anip said...

sejarah sejak zaman kemerdekaan sehingga sekarang memang membuktikan kaum melayu "KURANG" pandai berdikari sendiri...itu adalah suatu HAKIKAT yg banyak kali cuba di ubah tetapi masih lagi di lakukan orang melayu...
kaum melayu memang perlu di bantu dan "WAJIB" di bantu kerana apabila di bantu,orang melayu pasti menjadi bangsa yang hebat dan ini terbukti semakin ramai orang melayu sudah pandai berdikari dan memajukan diri sendiri menjadi individu yang hebat tidak kira di malaysia mahupun di mata dunia...lantas dapat disimpulkan bahawa semakin kurang pergantungan orang melayu terhadap kerajaan..
syabas orang MELAYU!!!..orang Melayu mebuktikan bahawa apabila dibantu,mereka akan menjadi sebuah bangsa yang hebat setanding dengan bangsa bangsa lain di dunia ini...
-UNDILAH PAS-

AiDi ZaHaR said...

erkk...no comment... huhu..

farhana said...

haha hey you were PKP? FUIYOOO!
lol. anyways very crude article indeed. LIKE I SAID, pro malay siot ;)

AiDi ZaHaR said...

ouh.. tu dulu..masa aku baik dulu.. adilah pkp kejap.. huhuuh...