Monday, February 18, 2008

assalamualaikum..

Hari ini termakbul juga aku nak buka satu blog baru. sebenarnya ni bukanlah blog aku yang pertama memandangkan aku juga ada blog lain di friendster. diharapkan sahabat handai dapat membaca serta menghayati blog aku ni walaupun aku bukanlah seorang penulis yang hebat tetapi cukuplah sekadar mesej yang aku ingin sampaikan dapat ditatap oleh pembaca sekalian.


Blog aku ni secara keseluruhannya akan menyentuh kepada pelbagai aspek termasuklah perkara yang terjadi dalam hidup aku serta perkara semasa yang tidak patut dipandang remeh oleh kita semua. segala salah dan silap haraplah dimaafkan memandangkan aku juga banyak melakukan kesilapan dan aku juga tidaklah baik sangat. aku tergerak untuk membuat blog ni bukan apa bila aku lihat kawan2 aku di russia ni yang tidak kering2 idea mereka dalam menyatakan sesuatu pandangan yang bernas. aku rasa tidak salah kalau aku juga cuba untuk menyumbang sesuatu. paling tidak ianya dapat dikongsi bersama serta dijadikan panduan bagi mereka yang memerlukan.


sekian terima kasih..
wassalam...

No comments: